30 April 2010

Assalamualaikum...



Hany baru siapkan blog nih. Sekadar ingin berkongsi akan produk QASEH ni. Benda yang elok, tak salah untuk dikongsikan bersama. sekiranya ada yang berminat, boleh la hubungi hany zukihany@gmail.com. 


Untuk senarai produk, sila klik pada button PRODUK (hehe ada 2je pon produknya), untuk cara cara mengambil produk ni eh menggunakan produk nih, sila klik pada CARA PENGAMBILAN. Blog ni masih baru, hany akan update dari semasa ke semasa...InsyaALLAH...


bersama membantu meningkatkan ekonomi ummah

25 April 2010

Cara Pengambilan Qaseh


• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Qaseh ialah sejenis minuman herba bertenaga yang membantu anda menjalani hari hari dengan lebih ceria & bersemangat. Cara pengambilannya adalah amat mudah,iaitu sebanyak 2 sudu sebelum sarapan pagi (ketika perut kosong) dan 2 sudu sebelum tidur.

Menggunakan sudu plastik, ceramik & kaca sahaja.


Kenapa Menggunakan SUDU PLASTIK,SUDU CERAMIK, SUDU KACA? Ini kerana QASEH GOLD mengandungi madu, yang mana menggunakan sudu besi akan menghilangkan khasiat madu. oleh itu hendaklah menggunakan SUDU PLASTIK/SUDU CERAMIK/ SUDU KACA.

24 April 2010

QASEH GOLD KEKANDA

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Qaseh Gold Kekanda,
Adalah makanan tambahan yang mana berasaskan MAKANAN SUNNAH. Qaseh Gold Kekanda mengandungi Kurma, Madu, Zafran, Zaitun, Buah Tiin, Air Zam Zam, Habbatussauda. Qaseh Gold Adinda juga mengandungi Gingko Biloba, Sireh, Delima, Guarana, Arabic Gum,Tribulus dan Ashwaganda.




500ml : RM71.90 (Tidak Termasuk Pos)

Dengan Mengamalkan Qaseh Gold Kekanda secara istiqomah, pastinya akan memberi kebaikan seperti:



UNTUK ORDER/PERTANYAAN:

QASEH GOLD ADINDA

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,


QASEH GOLD ADINDA;

Adalah makanan tambahan yang mana berasaskan MAKANAN SUNNAH. Ini kerana Qaseh Gold Adinda mengandungi Kurma, Madu, Zafran, Zaitun, Buah Tiin, Air Zam Zam, Habbatussauda. Qaseh Gold Adinda juga mengandungi Gingko Biloba, Sireh, Delima, Manjakani, Arabic Gum,Pegaga, Pasiflora.








500ml : RM71.90 (tidak termasuk pos)

InsyaALLAH, dengan mengamalkan Qaseh Gold Adinda secara istiqomah akan membantu dari segi maslaah wanita iaitu Keputihan, melancarkan haid, menghilangkan senggugut, menstabilkan haid. Juga membantu:



















Mulakan langkah anda untuk mengamalkan makanan tambahan yang berasaskan makanan sunnah. Marilah sama sama memartabatkan makanan sunnah, makanan yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W...Pastinya memberikan seribu kebaikan...InsyaALLAH.


UNTUK ORDER/PERTANYAAN:

Khasiat JUS KURMA






a. Yang Dipilih Para Rasul

Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf  buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.


b. Sejarah

Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.” Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25 - 26]


c. Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita

Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.

Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus.  Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.

Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!

Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..”.


d. Keberkatan

Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah

Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


e. Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani

Kurma Menenangkan Perasaan

Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar;

“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya Osman¹.


Kurma Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².
  • Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.
  • Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.
  • Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
  • Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.
  • Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.³

Khasiat MADU



Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


a. Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.


b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.


c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan  aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”


Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
  • Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
  • Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
  • Beta Karoten
  • Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:
  • Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
  • Membantu melawaskan sistem pencernaan
  • Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
  • Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  • Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  • Mengurangkan parut
  • Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.



Khasiat AIR ZAM ZAM









a. Air Yang Mulia Lagi Diberkati

Dalam peristiwa penuh bersejarah tatkala bunda Nabi Ismail ‘Alaihissallam, Siti Hajar ‘Alaihissalam berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, mencari bantuan di tengah padang pasir Makkah yang terik lagi kering bagi mendapatkan bekalan, Allah Subhanahu Wata'ala menerbitkan Air Zam-Zam berhampiran Kaabah yang sehingga kini dapat dinikmati oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit” 

Hadis Riwayat At Tabrani
Air Zam-Zam dicipt Allah Subhanahu Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi” Hadis Riwayat Muslim



b. Diminum dengan tujuan (niat)

Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah

Khasiat BUAH TIIN



Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..


Umpama Hadiah Dari Syurga

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”

Antara manfaatnya adalah:

- Mengimbangi tekanan darah
- Merendahkan tahap kolestrol
- Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal
- Membantu mengatasi angin ahmar
- Mencegah penyakit kencing manis
- Memerangi penyakit kanser
- Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir

Khasiat ZAITUN



Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]

Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

“Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati”- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah


Manfaatnya:

Membantu mengatasi masalah darah tinggi

-  Merendahkan tahap kolestrol berbahaya

-  Mengurangkan risiko serangan kanser

-  Menyihatkan kulit

- Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)

Khasiat HABBATUS SAUDA



Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:


“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah,  apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”


Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda’ terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.

17 April 2010

Khasiat ZA'FARAN






Gelaran Raja Segala Rempah adalah kerana keberkesanannya dalam menyumbang penyelesaian masalah kesihatan dan tak lupa juga kerana harganya yang senilai dengan harga emas dipasaran!

Dalam kitab Perubatan Saidina Ali’Thib Al Imam Ali’ halaman 381:
“Sesiapa yang mengambil Za’ffran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal(sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir..” 

Selain meningkatkan daya ingatan, Za’ffaran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit ‘bubonic plague’ dan cacar yangmana juga hasil ujikaji menunjukkan Za’ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.


Manfaatnya:

  • Melancarkan sistem daya ingatan
  • Melancarkan sistem saraf
  • Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria

Khasiat GINKGO BILOBA







Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes, bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak  yang keutamaannya berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut, gayat dan seumpamanya)


Antara tiga kesan utamanya adalah


  • Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat
  • Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas
  • Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.

Khasiat SIRIH




  • Herba pusaka warisan ini mempunyai seribu daya sebagai sumber kecantikan dan perubatan tradisional Melayu dan juga sering diguna dalam majlis adat istiadat Melayu.
  • Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, ia mendahului herba-herba tempatan yang lain kerana sinonim dengan adat istiadat. Keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan juga tidak dapat dinafikan.
  • Hasil kajian saintifik membuktikan Sireh mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, astrigen ,ekspektoran, euginol, flavonoid, hydroxyl cavicol, polyphenol, sialagoga dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

QASEH ADINDA & QASEH KEKANDA

QASEH mengandungi....